
Perkhemahan Perdana Unit Beruniform SK Pekan Sipitang
Pada 1 hingga 3 November 2019 bertempat di SK PEKAN Sipitang telah diadakan satu perkhemahan Perdana yang melibatkan 4 unit Beruniform iaitu Pengakap, Putri Islam, Bulan Sabit Merah Malaysia dan Tunas Kadet Remaja Sekolah.
Setiap Unit Beruniform telah menghantar 25 orang wakil untuk menyertai perkhemahan ini. Pelbagai aktiviti menarik telah berjaya dilaksanakan dan ke semua aktiviti ini adalah untuk melatih Murid-murid untuk lebih berdikari dan mempunyai disiplin serta jati diri yang unggul pada masa hadapan.