Perkhemahan Pengakap Program Pendidikan Khas Integrasi
Malaysia

Perkhemahan Pengakap Program Pendidikan Khas Integrasi

Perkhemahan Pengakap Program Pendidikan Khas Integrasi telah diadakan di SK Senawang 3 selama 2 hari. Pelbagai aktiviti yang bermanfaat dan ilmu-ilmu dalam perkhemahan telah diajarkan kepada semua ahli Pengakap yang terlibat. Penyertaan ini terbuka kepada sekolah rendah dan menengah daerah Seremban. Selain aktiviti-aktiviti fizikal dan mental tidak dilupakan aktiviti kerohanian termasuklah kuliah dalam membentuk sahsiah yang baik di kalangan ahli Pengakap. Aktiviti MoP juga diserapkan iaitu "networking game" sebagai salah satu aktiviti yang menarik selain aktiviti-aktiviti yang utama. Aktiviti seni dalam MoP pada perkhemahan kali ini ialah membina burung merpati MoP 3 dimensi yang disertai oleh ahli Pengakap Pendidikan Khas Integrasi dan mereka telah membuat dengan jayanya. Kerjasama yang sangat baik di antara semua ahli Pengakap dan ternyata mereka boleh. Perkhemahan ini julung kali diadakan dan perkhemahan ini sangat berjaya dalam usaha memperkenalkan MoP dan menerapkan daya kreativiti dalam Pengakap.
Started Ended
Number of participants
150
Service hours
2400
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme
Legacy BWF

Share via

Share