
Perkhemahan Pengakap Perempuan, GIRLS POWER.
Perkhemahan Pengakap Perempuan Peringkat Kebangsaan telah diadakan di IPG Sultan Abdul Halim,Sungai Petani,Kedah. Dianggarkan kira-kira 250 jumlah peserta dari negeri-negeri seluruh Malaysia. Perkhemahan ini diadakan bersempana ulangtahun 50 tahun pengakap perempuan di Malaysia.
Kami berpeluang untuk bertemu dengan #TheGoldenGirl, iaitu perintis kepada bermulanya pengakap perempuan di Malaysia. The Golden Girl yang mulanya terdiri dari 5 orang datang dari kumpulan pengakap dari Kota Bahru,Kelantan. Saya sangat berbangga kerana diberi peluang untuk bertemu The Golden Girl. Titik mula perjalanan mereka dan kejayaan-kejayaan mereka sangat memberi motivasi kepada kami.
Antara slot yang dijalankan sepanjang Perkhemahan berlaku ialahTalimat Pengurusan Risiko, Forum- Domestic Violence & Harrasment dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pendidikan Kemasyarakatan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Silat Seri Kandi, Go Green, Penerokaan Alam dan lain-lain.
Terdapat slot culture night di mana semua kontigen masing-masing digalakkan untuk mengenakan pakaian tradisional negeri masing-masing.
Harapan saya semoga hasrat Persuruhjaya Pengakap Negara untuk mengadakan Jambori Pengakap Perempuan dalam masa 2 tahun akan datang berjaya.