PERKHEMAHAN PENGAKAP KEBANGSAAN BRUNEI DARUSSALAM KE 22, 2017
Malaysia

PERKHEMAHAN PENGAKAP KEBANGSAAN BRUNEI DARUSSALAM KE 22, 2017

Kontinjen Labuan telah bertolak dengan menggunakan feri ke Brunei pada jam 9.30 pagi 19 Mac 2017 disertai oleh rombongan Pesuruhjaya Negeri WP Labuan dan Penaung Persekutuan Pengakap Malaysia WP Labuan. Setibanya kontinjen ke tapak perkhemahan, para peserta menyediakan tempat perkhemahan mereka dan bersedia untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang disediakan. Perasmian perkhemahan ini telah diadakan pada 20 Mac 2017 dan disempurnakan oleh Pemangku Menteri Pendidikan, Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar. Aktiviti perkhemahan bermula pada jam 2.00 petang. Antara aktiviti-aktiviti yang telah disediakan adalah simpulan ikatan, radio HAM, pertukangan, kembara berhalangan, dan ‘flying fox’. Selain itu, beberapa aktiviti juga dipertandingkan iaitu memasak, ‘pioneering’, dan malam kebudayaan. Kontinjen Labuan berjaya mendapat naib johan dalam pertandingan ‘pioneering’ bagi kategori antarabangsa. Kesemua aktiviti tersebut dijalankan di kawasan perkhemahan. Manakala pada waktu malam pula, para peserta dapat menonton persembahan pengakap Negara Brunei Darussalam dan membuat persembahan pada malam hari keempat. Pada hari keempat, peserta luar negara dibawa melawat ke Galeri Muzium di Kampong Ayer, Bandar Seri Begawan, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Masjid Sultan Omar Ali’ Saifuddien. Penyempurnaan semua aktiviti yang disediakan membolehkan para peserta mendapatkan anugerah Jongsarat. Semua peserta kontinjen Labuan berjaya mendapatkan anugerah tersebut dengan jayanya. Selepas penutupan perkhemahan pada hari Khamis 23 Mac 2017, kontinjen Labuan bergerak pulang ke Labuan dengan menggunakan feri. Semua peserta sampai ke destinasi masing-masing dengan selamat.
Started Ended
Number of participants
1
Service hours
48
Topics
Youth Programme

Share via

Share