
PERKHEMAHAN PENDEDAHAN DAN KEMAHIRAN PENGAKAP SMK SULTAN IBRAHIM 1
Pada 2 hingga 4 Februari 2017, Persatuan Pengakap Sekolah Menengah Sultan Ibrahim Satu (1) telah mengadakan perkhemahan pendedahan dan kemahiran bertempat di SMK Sultan Ibrahim Satu (1). Perkhemahan selama dua hari ini telah disertai oleh 70 orang pengakap dan 2 orang guru pengiring. Perkhemahan ini turut dibantu oleh 10 orang Pengakap Kelana B dari Daerah Pasir Mas.
Aktiviti perkhemahan ini bertujuan untuk membina ketahanan fizikal dan mental, membentuk keyakinan diri dan memupuk semangat bekerjasama dalam kalangan peserta. Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk menyampaikan rasa cinta terhadap alam sekitar.
Sepanjang perkhemahan itu, para peserta dibahagikan kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai seorang ketua yang bertanggunjawab memimpin ahli kumpulannya. Sebarang masalah yang timbul dalam kalangan ahli, akan dibincang dengan ketua kumpulan.
Banyak aktiviti yang telah dijalankan sepanjang perkhemahan itu. Antaranya ialah pertolongan cemas, kawad kaki, malam kebudayaan dan sebagainya. Aktiviti ini berjalan lancar dengan kerjasama dari semua peserta.
Perkhemahan ini telah berjaya mencapai matlamanya. Para peserta dapat mengutip pengalaman berharga dan pelbagai pengetahuan baru. Malah hubungan antara pengakap bertambah erat.