Perkhemahan Muhibbah Pengakap Tunas Brunei Muara

Perkhemahan Muhibbah Pengakap Tunas Brunei Muara

Perkhemahan Muhibbah Pengakap Tunas Daerah Brunei Muara telah diadakan pada cuti sekolah bulan Mac yang lalu selama 3 hari (19-21 Mac 2019) di Sekolah Rendah Pulaie yang bertujuan untuk mendedahkan ahli-ahli pengakap tunas mengenai budaya bergotong-royong dan tolong-menolong sesama masyarakat seperti aktiviti khidmat masyarakat iaitu membersihkan tanah perkuburan dan membaca Surah Yasin di Tanah Perkuburan Orang-orang Islam Kampong Pulaie. Selain dari itu pendedahan kepada keselamatan lalu-lintas juga ada dijalankan bagi memberi kesedaran tentang pentingnya keselamatan ketika menyeberang jalan raya. Aktiviti lain termasuklah juga belajar memasak, lawatan sambil belajar ke Tasek Merimbun (Daerah Tutong), asas pertolongan cemas, memahami keamanan (Messenger of Peace) dan banyak lagi. Diperkhemahan ini juga, diambil kesempatan untuk mengadakan aktiviti Hari Air Sedunia seperti aktiviti mengambil dan mengangkut air, tayangan video mengenai kesedaran Hari Air Sedunia, melukis dan mewarna kesan air pada dunia. Saya ketika perkhemahan ini, ditugaskan untuk mengendalikan sistem pangkalan 1 iaitu membuat Woggle (alat untuk memegang skap) menggunakan tali dan menjadi juruacara ketika majlis penutup serta penyampaian lencana dan sijil.

Started Ended
Number of participants
109
Service hours
1962
Location
Brunei Darussalam
Topics
Youth Engagement
Youth Programme

Share via

Share