PERKHEMAHAN LENCANA PERKHIDMATAN DAN KEPIMPINAN

PERKHEMAHAN LENCANA PERKHIDMATAN DAN KEPIMPINAN

Matlamat Kem Perdana ini adalah untuk melengkapkan Lencana Kepimpinan mengikut Skim Pengakap Kelana. Oleh itu, kem ini dijalankan untuk membina dan mengasah sifat kepimpinan dalam kalangan ahli pengakap kelana disamping menggalakkan pembangunan fizikal dan mental yang kukuh sebagai seorang pemimpin. Program ini cuba untuk membantu ahli-ahli pengakap kelana untuk memupuk keyakinan diri dalam memimpin sesebuah organisasi dalam masyarakat. Kem ini juga menggalakkan ahlinya untuk menjadi proaktif dalam setiap tugasan yang diberikan dan turut bertanggungjawab kepada masyarakat sekeliling. Pada masa yang sama, Lencana Perkhidmatan juga akan diselitkan dalam Kem Perdana yang akan dijalankan ini. Ahli-ahli Krew Pengakap Kelana akan diberi tugas untuk menguruskan Krew sendiri dan memastikan program Latihan Pengakap Kelana dilaksanakan. Matlamat Kem Lencana Perkhidmatan ini adalah bagi membantu ahli pengakap kelana untuk memupuk semangat sukarelawan dalam kehidupan bermasyarakat melalui aktiviti yang disediakan sepanjang kem berlangsung. Sehubungan dengan itu, Kem Perdana ini bukan sahaja memberikan keseronokan dari segi cabaran fizikal dan mental malah ia juga membuka pintu kepada perhubungan dalam kalangan masyarakat luar selain mampu berkhidmat kepada masyarakat seiring dengan Undang-Undang Pengakap.
Started Ended
Number of participants
66
Service hours
24
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share