PERKHEMAHAN LENCANA KEMAJUAN & KEPANDAIAN
LABUAN: Seramai 24 ahli dan 5 Pemimpin Pengakap dari SMK Labuan & SMK Mutiara telah berjaya mengikuti Perkhemahan Ujian Lencana Kemajuan dan Kepandaian yang telah dianjurkan oleh sekolah itu. Persekutuan Pengakap Malaysia WP Labuan telah dijemput selaku penguji bagi perkhemahan ini. Perkhemahan diadakan di Desa Tunas Hijau, Kg. Sungai Pagar. Antara lain objektif kursus ini adalah untuk menjalankan ujian bagi melayakkan ahli Pengakap yang lulus untuk dianugerahkan Lencana Usaha, Maju dan Jaya yakni merupakan lencana kemajuan peringkat yang pertama, kedua dan terakhir bagi skim latihan Pengakap Muda.
Menurut Pemimpin Pengakap Kumpulan SMK Labuan Skip Atiqah Syahidah Abdul Rahman selaku pengerusi penganjur berkata “Sepanjang dua hari perkhemahan, mereka telah diuji dalam pelbagai kemahiran termasuk ekspedisi berkumpulan, mendaki bukit, kemahiran simpulan dan ikatan, ikhtiar hidup, pengembaraan dan persembahan pentas”.
“Semua perserta Pengakap perlu lulus semua cabaran ini untuk layak dianugerahkan samaada Lencana Usaha, Maju atau Jaya. Disamping itu para Pengakap dapat memupuk semangat persaudaraan dan melatih daya juang dan ketahanan yang tinggi di dalam perkhemahan ini” katanya lagi. Beliau di bantu oleh Skip Noor Azura Darus dan Skip Angela Bt. Joseph.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Ko-Kurikulum En. Cheah Teong Aik. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri Dato’ Sri Mohd Alias Bin Abdul Rahman, Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Skip Rosni Bin Mohd Daud dan Skip Ivy Lee.