Perkhemahan Lencana Kemahiran 2019
Profile picture for user Darren328_1
Malaysia

Perkhemahan Lencana Kemahiran 2019

          Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Melaka Daerah Kota telah mengadakan Perkhemahan Lencana Kemahiran di SMJK Yok Bin pada 10 Ogos 2019 hingga 12 Ogos 2019 iaitu sepanjang 3 Hari 2 Malam. Aktiviti Perkhemahan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran berpengakap seperti kawad kaki, ikatan, kemahiran survivor dan sebagainya dalam kalangan peserta di samping memberi ujian kepada Pengakap Remaja supaya mendapat Lencana Kemahiran iaitu salah satu Lencana Tertinggi Unit Pengakap Remaja. Selain itu, kami juga memberi peluang kepada Pengakap Muda yang berminat untuk menyertai perkhemahan ini. Hal ini adalah untuk memberi peluang kepada mereka supaya dapat menyertai aktiviti pengakap yang menarik dan secara tidak langsung meningkatkan minat mereka dalam aktiviti pengakap.

 

          Pasukan kami telah membuat persiapan sebulan sebelum perkhemahan ini, kami telah mengadakan beberapa mesyuarat untuk berbincang tentang aktiviti yang hendak dijalankan dengan bantuan Pesuruhjaya Daerah Kota Ir. Lim Keng Boon dan Penolong Pesuruhjaya Daerah Kota Mdm Lee Way Chin. Kami juga mengira bajet wang yang boleh digunakan untuk seluruh perkhemahan. Sebagai contoh, kos membeli alatan, kos makanan dan sebagainya. Dalam perbincangan, Pesuruhjaya Daerah Kota Ir. Lim Keng Boon telah memperingati kami supaya mementingkan keselamatan para peserta.

 

           Pada hari pertama, seramai 40 orang peserta mendaftar diri pada pukul 1.00 petang. Saya sebagai ketua kursus telah membimbing mereka menjalankan istiadat bendera. Selepas itu, saya memberi ucapan tentang peraturan-peraturan perkhemahan dan perkara-perkara yang perlu diambil perhatian untuk mengelakkan kecederaan. Seterusnya, para peserta dibahagikan kepada 4 patrol beberapa aktiviti telah dijalankan seperti mendiri “King Scout Bed”, penganggaran (estimation), cara membaca peta topo dan cara menggunakan kompas. Pada hari kedua pula, para peserta telah menjalankan isdiatat pagi dan pemerikasaan pagi pada pukul 7.00 petang selepas senaman pagi pada 6.00 petang. Beberapa aktiviti telah dijalankan pada hari tersebut iaitu membina projek perintis, melontar tali, masakan rimba dan simpulan dan ikatan. Dalam aktiviti masakan rimba, para Pengakap Remaja telah diasingkan untuk memulakan api secara individu manakala Pengakap Muda telah menjalankan aktiviti ini secara berpatrol kerana kekurangan pengalaman. Dalam proses membersihkan makanan, peserta telah mengabaikan kebersihan dan menyebabkan singki tersumbat kerana hendak menyiapkan tugasan dengan cepat. Selepas teguran oleh kami, mereka telah pun membersihkan singki yang tersumbat dan manyiapkan tugasan yang diberikan. Pada hari ketiga, peserta juga dikehendaki menjalankan istiadat pagi dan pemeriksaan pagi. Dalam pemeriksaan pagi, saya dan rakan saya En. Tay kwang Yong dan En. Lee Yoon Hui telah memberi markah untuk “camp craft” Pengakap Remaja. Mereka dikehendaki mendiri sekurang-kurangnya 15 jenis gajet yang berguna dengan menggunakan kayu atau buluh. Selepas itu, para peserta bermula mengemas kawasan perkhemahan dan bersedia untuk majlis penutup. Selepas ketibaan Pesuruhjaya Negeri Melaka, kami telah pun menjalankan majlis penutup dan peserta bersurai pada pukul 12.00 petang.

 

          Sepanjang 3 hari 2 malam ini, peserta telah mempelajari tentang kemahiran pengakap. Selain itu, mereka juga menyedari tentang kepentingan berdisiplin diri dan semangat berpasukan. Dalam perkhemahan ini, kami telah mempraktikkan sistem ketua patrol bergilir supaya setiap ahli patrol dapat peluang untuk menjadi ketua patrol dan meningkatkan daya kepimpinan setiap peserta. Peserta Pengakap Remaja juga mendapat Lencana Kemahiran dan bersedia untuk Lencana Tertinggi yang seterusnya.

          Sepanjang perkhemahan ini, saya telah mempelajari kemahiran berkomunikasi dan mengetahui kepentingan perbincangan. Saya amat bersyukur kepada semua orang yang membantu saya untuk menyempurnakan perkhemahan ini. Saya berasa bangga supaya dapat membantu pengakap yang lebih muda untuk mendapat lencana-lencana mereka sepanjang perjalanan mereka untuk mencapai Anugerah Pengakap Diraja. Saya akan meneruskan perkhidmatan saya sebagai pengakap untuk membantu lebih banyak pengakap dan menggunakan pengalaman perkhemahan ini untuk membimbing pengakap lain.

Started Ended
Number of participants
40
Service hours
720
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme

Share via

Share