Perkhemahan Keris Gangsa & Keris Perak Pengakap Kanak-Kanak (PKK) Daerah Samarahan 2018

Perkhemahan Keris Gangsa & Keris Perak Pengakap Kanak-Kanak (PKK) Daerah Samarahan 2018

Perkhemahan Lencana Kemajuan Keris Gangsa & Keris Perak Pengakap Kanak-Kanak Daerah Samarahan 2018 telah diadakan pada 05 hingga 07 Julai 2018 bertempat di SMK Kota Samarahan. Sebanyak 8 buah sekolah Daerah Samarahan telah menyertai perkhemahan ini yang melibatkan 130 orang peserta dan 20 orang pemimpin. Peserta Keris Gangsa seramai 100 orang manakala peserta Keris Perak seramai 30 orang. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang kem ini ialah kawad kaki, panjat tali 3 meter, isyarat pengakap, melipat dan mengibar bendera dan membuat kraftangan. Kesemua aktiviti yang dibuat adalah berdasarkan Buku Skim Lencana Pengakap Kanak-Kanak. Majlis perasmian (05.07.2018) telah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Idris bin Haji Buang manakala majlis penangguhan (06.07.2018) pula disempurnakan oleh Kapten Zainuddin (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sarawak).
Started Ended
Number of participants
150
Service hours
3600

Share via

Share