PERKHEMAHAN KEMAHIRAN PENGAKAP WP LABUAN
Malaysia

PERKHEMAHAN KEMAHIRAN PENGAKAP WP LABUAN

LABUAN – Persekutuan Pengakap Malaysia WP Labuan telah menganjurkan Perkhemahan Kemahiran Pengakap bertempat di Desa Tunas Hijau pada 21-23 April yang lalu. Perkhemahan kali ini melibatkan penyertaan pasukan pengakap berjumlah 43 orang dari empat buah sekolah termasuk SM Sains Labuan, SMK Labuan, SM St Anne dan SMK Mutiara. Perkhemahan ini dijalankan bagi memenuhi keperluan ujian bagi memenuhi keperluan skim Lencana Kemahiran Pengakap Kelana, Lencana Tertinggi Kemahiran Pengakap Remaja dan Lencana Kepandaian Pengakap Muda. Sepanjang perkhemahan ini, para pengakap telah menjalani pelbagai ujian seperti Pioneeering, Orienteering, pengembaraan, penganggaran, kraf perkhemahan dan kemahiran hidup di rimba. Disamping itu peserta pengakap berpeluang bertukar-tukar idea dan berkenalan dengan ahli Pengakap daripada sekolah lain sepanjang perkhemahan ini berlangsung. Para Pengakap juga dapat memupuk semangat dan jati diri yang tinggi di dalam perkhemahan ini. Penutupan perkhemahan ini telah disempurnakan oleh Dato’ Sri Mohd Alias bin Abdul Rahman selaku Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri Wilayah Persekutuan Labuan dengan diiringi oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Skip Hong Heng Chee. Hadir sama isteri beliau Datin Sri Dato Norsiah Abdullah yang merupakan Penaung BP Guild WP Labuan. Perkhemahan kali ini turut menerima lawatan kunjung hormat daripada pasukan Pengakap Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah yang di ketuai oleh Skip Surilla Pesuruhjaya Daerah Sembulan. Pada majlis penutupan, peserta yang telah lulus semua ujian perkhemahan dianugerahkan dengan Lencana Kemahiran dan Kepandaian mengikut taraf pencapaian masing-masing oleh dif-dif jemputan. Disamping itu, pada malis penutupan turut diraikan sambutan hari kelahiran Dato’ Sri Mohd Alias. Sambutan dimeriahkan lagi dengan kehadiran ahli-ahli BP Guild WP Labuan dan tetamu dari Persekutuan Pengakap Cawangan Sabah.
Started Ended
Number of participants
43
Service hours
4644
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share