Perkhemahan Jota dan Joti Stesen Rumah Pengakap Kita kinabalu Sabah. 9m4cbp

Perkhemahan Jota dan Joti Stesen Rumah Pengakap Kita kinabalu Sabah. 9m4cbp

Stesen jota joti telah di buka di rumah pengakap kota kinabalu dengan cod stesen 9m4cbp. Perkhemahan sempena jota joti ini telah diadakan selama 3 hari bermula pada 18 hingga 20 Oktober 2019. Seramai 200 orang peserta telah menyertai perkhemahan ini yang terdiri daripada pengakap kanak kanak, pengakap muda dan pengakap remaja. Para pemimpin sekolah juga mengambil peluang ini turut bersama sama menyertai jota joti ini. Jota joti ini telah memberi peluang kepada peserta untuk berkomunikasi dengan sahabat sahabat pengakap dari dalam dan luar negara. Mereka juga didedahkan dengan tatacara penggunaan radio amatur dan cara menghubungi melalui radio. Ternyata program sebegini banyak memberi pengalaman baru kepada peserta selain mengumpul sahabat sepengakap dari dalam dan luar negara.
Started Ended
Number of participants
200
Service hours
3600
Topics
Communications and Scouting Profile

Share via

Share