PERKHEMAHAN HARI BELIA NEGARA/ JAMBORI DI UDARA PENGAKAP MALAYSIA (JOTA) KE-6
WP LABUAN Disepanjang Perkhemahan Hari Belia Negara pada 20-21 Mei 2017 yang lalu, Persekutuan Pengakap Malaysia WP Labuan turut membuka Stesen Radio Amatur Pengakap WP Labuan sebagai stesen komunikasi sempena Program Jambori Di Udara Pengakap Malaysia (JOTA) Ke-6 yang berlangsung di Kompleks Sukan Labuan di sini.
Pengurus Stesen berkenaan, Rosni Mohd Daud berkata, penganjuran yang dibuat oleh Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) WP Labuan itu menjadikan jumlah keseluruhan stesen induk bagi JOTA Ke-6 sebanyak 25 buah meliputi Selangor, WP Kuala Lumpur, Johor, Melaka, Perak, Pulau Pinang, Pahang, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak yang disertai lebih 40,000 ahli di seluruh negara.
Katanya, stesen JOTA yang mengambil bahagian mempunyai isyarat pengenalan (callsign) masing-masing seperti isyarat panggilan "9M4CCB" bagi stesen JOTA di WP Labuan.
"Sambutan daripada ahli dan pemimpin pengakap terhadap program ini sangat menggalakkan. Pada awalnya kami sasarkan penyertaan seramai 100 orang sahaja.
"Bagaimanapun, jumlah itu meningkat kepada 150 orang peserta terdiri ahli pengakap dan pemimpin yang datang dari beberapa pasukan pengakap di negeri ini seperti dari SMK Labuan, SMK Mutiara, SMA MAIWP, SK Layang-Layangan, SK Pekan 2 dan SK Membedai" katanya ketika ditemui pada program itu.
Tambah Rosni, dalam program tahunan itu, para peserta didedahkan dengan pelbagai teknik pengendalian radio amatur termasuklah tatacara yang digunakan dalam rangkaian antarabangsa. Pengakap yang hadir juga mempelajari system komunikasi alternative termasuk Kod Morse, Kod Fonetic, Kod Q dan Semphore. Peserta yang berjaya mengikuti program sepenuhnya di anugerahkan sijil dan Lencana JOTA.
Selain dari aktviti JOTA, peserta perkhemahan turut mengikuti pelbagai program yang dianjurkan Jabatan Belia & Sukan sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat WP Labuan. Antara program menarik pameran-pameran agensi kerajaa, persatuan sukan dan belia, pertandingan futsal, pertandingan memancing, pertandingan sukan ekstrem dan bermacam-macam lagi. Peserta yang mengikuti program perkhemahan diberikan sijil penyertaan.