Perkhemahan dua Negara - JAMBORI NUSANTARA
Pada 23 hingga 26 March 2019 lalu, Sebuah perkhemahan berlangsung anjuran PPMCS Daerah Tawau iaitu Perkhemahan Jambori Nusantara (Jamnus), ianya berlangsung selama 4 hari betempat di Kem Tiku Tawau. Perkhemahan ini merupakan Jamnus kali ke-2 dilaksanakan setelah kali pertama dilaksanakan pada tahun 2016 yang bertempat di Kompleks Sukan Tawau.
Seramai 1500 orang peserta yang direkod kan mengikuti perkhemahan kali ini daripada seluruh negeri Sabah termasuklah penyertaan dari negara jiran iaitu Pramuka Indonesia. Perkhemahan ini yang merupakan penganjuran terbesar PPMCS Daerah Tawau bertujuan untuk menyemarakkan kesatuan nusantara sama ada ahli pengakap Malaysia sendiri atau ahli pengakap Malaysia dengan Pramuka Indonesia. Dalam pada itu, ia juga sebenarnya bertujuan menggalakkan semangat kesukarelawan yang dapat dipupuk yang dapat membina proses perhubungan dua hala peringkat antarabangsa dari peringkat awal lagi.
Antara aktiviti yang berlangsung di Jamnus ialah khidmat masyarakat, rempuh halangan, sukaneka, malam kebudayaan, pioneering dan kraftangan.
Majlis penutupan perkhemahan ini telah dihadiri oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah sendiri iaitu Datuk Dr. Awang Zaini bin Hj. Suntim mengiringi Datuk Frankie Poon Ming Fung, Menteri Belia dan Sukan negeri Sabah selalu perasmi. Beliau memberi pujian terhadap program ini dan menyifatkannya sebagai medan untuk menyatupadukan ‘Semangat Nusantara’.