
Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Sk Seri Tanjong 2019
10 Oktober 2019, D'impian Country Resort, Johor : Aktiviti tahunan kali ini dijalankan selama 2 hari 1 malam bermula 9 hingga 10 Oktober 2019. Aktiviti yang dijalankan bersama Unit Pengakap dan Puteri Islam bertujuan memupuk semangat jati diri dan setia kawan di samping mencungkil perkembangan Jasmani, emosi, fizikal, rohani dan intelektual. Matlamat program ini adalah untuk melahirkan kepimpinan selaras dengan tujuan penubuhan unit beruniform. Selain itu, pengisian program secara tidak langsung akan menyemai rasa cintakan alam sekitar melalui kasihkan binatang dan aktiviti pertanian.
Pada hari pertama, peserta-peserta menjalankan aktiviti ice breaking, dan dua permainan berpasukan (sibuta dan terowong guli). Pada sebelah malam aktiviti night walk dan lilin amanah ditutup dengan refleksi. Manakala pada keesokan hari selepas senaman pagi dan bersarapan, peserta berpeluang memberi makan rusa dan mengambil bahagian dalam penjagaan penanaman sayur-sayuran. Majlis penutupan berakhir jam 12.30 tengahari. Seramai 40 peserta telah mengambil bahagian. Terima kasih kepada pihak D'Impian Country Resort bersama guru-guru SKST yang telah menjalankan aktiviti kali ini dengan jayanya.