
PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SK MENINIPIR
SK Meninipir, Keningau telah mengadakan perkhemahan bersepadu yang menggabungkan tiga unit beruniform di sekolah tersebut iaitu silat, TKRS, serta pengakap. Perkhemahan ini telah diadakan selama 3 hari 2 malam dan disertai seramai 52 orang peserta dari pelbagai badan unit beruniform. Antara aktiviti yang diadakan adalah ikhtiar hidup, permainan tradisional, malam si buta, malam kebudayaan dan selainnya.