
Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SK LKTP jengka 5, Maran Pahang
Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SK LKTP Jengka 5 diadakan setiap tahun sebagai salah satu aktivit iUnit Kokurikulum. Seramai 82 orang pelajar dan 22 orang guru telah menyertai aktiviti yang diadakan selama 2 hari ini. Pasukan Uniform yang mengambil bahagian adalah terdiri daripada pasukan Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah dan Puteri Islam.Pelbagai aktiviti telah disusun sepanjang perkhemahan seperti :
1) Master Chef
2) Memasang dan menurunkan khemah
3) Membina mini gajet
4) Ikatan dan simpulan
5) Amali solat
6) Disiplin Kawad
7) Malam Kebudayaan
Juga diselitkan aktiviti melibatkan Khidmat masyarakat. Aktiviti ini dilaksanakan dengan kombinasi program Dasar Warga Emas Negara (DWEN).
Perkhemahan berakhir pada 16 Oktober 2016 dan bersurai pada pukul 1.00 petang