PERKHEMAHAN AVIASI PENGAKAP UDARA WP LABUAN

PERKHEMAHAN AVIASI PENGAKAP UDARA WP LABUAN

14-15 April 2017, Desa Tunas Hijau, Kg. Sungai Pagar, WP Labuan Pada 14-15 April 2016, julung kalinya Perkhemahan Aviasi Pengakap Udara WP Labuan telah diadakan di Desa Tunas Hijau, Kampung Sungai Pagar Wilayah Pesekutuan Labuan. Perkhemahan ini dijalankan bagi memenuhi keperluan ujian untuk mendapatkan Lencana Usaha dan Lencana Ahli Udara Kelas II. Seramai 37 orang ahli pengakap udara yang terdiri daripada pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Agama W.P. Labuan menyertai perkhemahan ini. Sepanjang perkhemahan ini, para pengakap telah menjalani pelbagai ujian seperti kawad, pengembaraan, simpulan dan ikatan, pemetaan, pengenalan pesawat, teori penerbangan, radio telefoni dan pengetahun trafik udara. Para pengakap udara perlu lulus semua ujian untuk mendapatkan Lencana Usaha dan Ahli Udara Kelas II. Di samping itu, para pengakap udara juga dapat memupuk semangat dan jati diri yang tinggi di dalam perkhemahan ini. Penutupan perkhemahan ini telah disempurnakan oleh Dato’ Sri Mohd Alias bin Abdul Rahman selaku Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri Wilayah Persekutuan Labuan. Hadir sama isteri beliau Datin Sri Dato Norsiah Abdullah yang merupakan Penaung BP Guild WP Labuan. Turut memuliakan acara dengan kehadiran Pengetua SMA MAIWP Ustaz Mohd Hasnizan bin Hasin dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Skip Hong Heng Chee. Pada majlis penutupan, turut diadakan Istiadat Perlantikan jawatan Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri untuk Skip Dyana Martin dan Istiadat Pertabalan Pengakap Kelana. Disamping itu, peserta yang telah lulus semua ujian perkhemahan dianugerahkan dengan Lencana Usaha dan Ahli Udara Kelas II oleh dif-dif jemputan.
Started Ended
Number of participants
1
Service hours
27
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share