PERKHEMAHAN ASAS SEHARI ( BASIC DAY CAMP)
- PENGENALAN
Pada hari Ahad , yang bertarikh 20hb September 2020 bersamaan 02 Safar 1442, ahli Pasukan Pengakap Kelana Trooph 1102 UNISSA telah mengadakan Perkhemahan Asas Sehari (Basic Day Camp) yang bertempat di Pusat Latihan dan Kegiatan Pengakap Kebangsaan , Kompleks Pengakap , Jalan Gadong yang berlangsung selama 8 jam dari jam 7 pagi sehingga 5 petang.
Aktviti Perkhemahan Asas Sehari (‘Basic Day Camp’) ini adalah kali kedua diadakan oleh Ahli Pasukan Pengakap Kelana trooph 1102 UNISSA sejak penubuhannyapada 7 Ogos 2019 pada tahun lepas. Tujuannya untuk melahirkanahli pengakap yang aktif , cergas , cekap dan mempunyai sifatnya yang baikyang mana ini memberi pendedahan dan pengetahuan asas dalam aktiviti perkhemahan asas ini.
Walaubagaimanapun , pada hari tersebut bertepatan dengan Hari Kedamaian Antarabangsa (International Day Of Peace) yang disambut pada setiap 21hb September 2020 diseluruh dunia. Oleh sebab itu , ahli Pengkap Kelana Trooph 1102 juga tidak melepaskan peluang untuk menyambut Hari Kedamaian itu dengan melakukan pelbagai aktiviti antaranya :
- Mendengar taklimat mengenai kesedaran Alam Sekitar yang disampaikan oleh Dr.Muhammad Alif bin Haji Sismat
- Membuat kerjasama seperti Khidmat Masyarakat seperti membersihkan Balai Ibadat Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam.
- Bergambar ramai sambal memegang perekat (pledge) yang membawa slogan Hari Kedamaian Antarabangsa.
- MATLAMAT / OBJEKTIF
Perkhemahan Asas Sehari ini telah berjalan dengan lancer seperti yang dirancang dan telah mencapai matlamat mahupun objektifnya :-
- Dapat menampakkan kemampuan dan keyakinan diri setiap ahli pengakap
- Mengetahui dan mempelajari asas-asas perkhemahan
- Menanam sikap sukakan aktiviti luar yang mengahasilkan sesuatu yang berfaedah
- Belajar berdikari dan berfikiran matang dalam kehidupan seharian
- Berkerjasama atau tolong-menolong seperti peribahasa “ bersatu kita teguh , bercerai kita roboh”
- Menerapkan sifat saling hormat-menghormati sesame sendiri.
- Bertolak ansur dan ramah antara satu sama lain.
- BUTIRAN PROGRAM
- TAJUK AKTIVITI : PERKHEMAHAN ASAS PERKHEMAHAN
- HARI : AHAD
- TARIKH : 20HB SEPTEMBER 2020
- TEMPAT : PUSAT LATIHAN DAN KEGIATAN PENGAKAP KEBANGSAAN , KOMPLEKS PENGAKAP , JALAN GADONG.
KERAMAIAN PESERTA : SERAMAI 40 ORANG ,TERDIRI DARIPADA AHLI-AHLI PENGAKAP KELANA DAN PELATIH-PELATIH
5.KEMAJUAN DAN PEMASALAHAN
- KEMAJUAN :-
- Para peserta telah melahirkan sifat bekerjasama dan saling tolong-menolong antara satu sama lain.
- Mendengar dan menerima setiap tunjuk ajar dan nasihat dengan sangat baik.
- Mempelajari ilmu baharu ,dan mengasah ilmu-ilmu kemahiran dalam diri setiap ahli pengakap
- Menerapkan sifat bergotong-royong semasa melakukan khidmat kemasyarakatan.
- Mampu menghadapi cabaran dalam berdikari dan bersosial antara sesame sendiri.
- PERMASALAHAN YANG DIHADAPI :-
- Tidak menepati masa mengikut jadual yang diaturkan , akan tetapi program tetap berjalan dengan lancer
- Kesuntukan masa yang manaini boleh menyebabkan satu permainan tidak dilakukan dan akan dibuat di perjumpaan seterusnya pada setiap Hari Rabu.
- CADANGAN UNTUK PENAMBAH BAIKAN
Semua ahli pengakap telah menunjukkan kesungguhan dan ketabahan mereka dan memberi komitmen yang tinggi dan sangat baik bagi menjayakan dan melancarkan aktiviti perkhemahan asas ini.
Diharapkan jika sekiranya aktiviti ini dijalankan dimasa akan datang terutama kepada ahli-ahli Pengakap Kelana 1102 UNISSA yang baru untuk memberi pengalaman dan ilmu pengetahuan asas perkhemahan disamping untuk mempereratkan lagi silaturrahim antara satu sama lain dan memberikan komitmen dan kerjasama yang padu bagi melancarkan dimasa akan datang.
Menepati masa yang telah ditetapkan dan dirancangkan supaya lebih teratur dan lancar.