PERKHEMAHAN AGUNG PENGAKAP JAJAHAN PASIR MAS KE 32 2017

PERKHEMAHAN AGUNG PENGAKAP JAJAHAN PASIR MAS KE 32 2017

Perkhemahan Agung Jajahan (PERAJA KE 32) merupakan perkhemahan tahunan yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh setiap ahli pengakap di daerah Pasir Mas. Ia merupakan perkhemahan besar-besaran bagi ahli-ahli pengakap di jajahan ini. Semasa perkhemahan ini ahli - ahli pengakap akan menjalankan aktiviti kepengakapan dan aktiviti yang boleh merapatkan silaturahim dalam persaudaraan pengakap. Sehubungan dengan itu, Pasukan Latihan Daerah Persekutuan Pengakap Malaysia Pasir Mas pada tahun ini mengadakan kerjasama dengan Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas serta Kumpulan Pengakap Kelana Mas dan Kumpulan Pengakap BlackFlurry akan mengadakan Perkhemahan Agung Jajahan (PERAJA KE 32) pada tahun 2017. Pihak Pasukan Latihan Daerah Persekutuan Pengakap Malaysia Pasir Mas amat berharap agar perkhemahan ini mencapai matlamat seperti yang dihasratkan demi kegemilangan pergerakan pengakap yang merupakan pergerakan sukarela berpakaian seragam tertua di dunia.
Started Ended
Number of participants
556
Service hours
24
Location
Malaysia

Share via

Share