
Perkhemahan Agung Pengakap Daerah Machang 2018, Kelantan Malaysiau
Perkhemahan Agung Pengakap Daerah Machang, Kelantan Malaysia telah di adakan di Sekolah Kebangsaan Machang 2, Machang Kelantan bermula pada 27 Jun 2018 sehingga 29 Jun 2018. Perkhemahan ini telah disertai oleh Pengakap Kana-Kanak, Pengakap Muda dan Pengakap Remaja yang melibatkan 15 buah Sekolah Rendah dan 8 Buah Sekolah Menengah di Daerah Machang yang melibatkan lebih kurang 346 orang ahli pengakap dan lebih 50 orang Pemimpin, Penolong Pemimpin serta ahli Kelana Daerah Machang.
Perkhemahan ini telah menganjurkan beberapa aktiviti seperti pertandingan kawad kaki, Pertandingan masakan hutan, Pertandingan Projek Pioneering, Pertadingan kawasan perkhemahan dan Pertandingan Malam kebudayaan.
Pemenang keseluruhan bagi PERAJA Machang 2018 adalah seperti berikut:
1. Pengakap Kanak-Kanak
a. Johan - SK Tok Bok
b. Naib Johan - SK Machang 2
c. Ketiga - SK Dewan Besar
2. Pengakap Muda & Remaja
a. Johan - SMK Agama Wataniah
b. Naib Johan - SM Sains Machang
c. Ketiga - SMK Machang
Tahniah kepada semua pihak yang menjayakan projek ini .