Profile picture for user julie kristy a/p ng kee choo_1
Malaysia

PERKHEMAHAN 5 HARI 4 MALAM IPG AFZAN

Tujuan saya perkhemahan ini diadakan adalah untuk membina keyakinan pelajar apabila berhadapan dengan situasi mencabar, di samping menerapkan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain. Selain itu juga, perkhemahan merupakan satu aktiviti pengukuhan ilmu pendidikan luar serta perkongsian ilmu dan pengalaman antara semua unit beruniform.
Perkhemahan 5 hari 4 malam pelajar ambilan jun 2019 IPG Afzan telah dijalankan di padang Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan pada 24 hingga 28 Mac 2021 yang lalu. Perkhemahan ini telah diadakan sejurus kesemua pelajar diwajibkan untuk berkuarintin selama dua minggu di IPG apabila mendapat arahan untuk pulang sebelum menyertai perkhemahan. Perkhemahan selama 5 hari 4 malam ini telah diiisi dengan beberapa ujian seperti ujian kawad kaki, ikatan dan simpulan.
Seramai 200 orang guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan yang menyertai perkhemahan ini. Kami telah diarahkan untuk menguruskan kesemua aktiviti perkhemahan di bawah pantauan dan tunjuk ajar daripada pensyarah.
Antara kesan yang diperolehi daripada perkhemahan ini adalah untuk menjadi seseorang yang lebih bertanggungjawab pada masa hadaapn. Selain itu, pelbagai ilmu yang telah dikongsikan oleh para pensyarah dan rakan-rakan dapat digunakan ketika berada di lapangan kelak.
Started Ended
Number of participants
73
Service hours
1460
Beneficiaries
200
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme
Communications and Scouting Profile
Interpersonal skills
Initiatives
Skills for Life

Share via

Share