
Perjumpaan Pengakap KLM21 Kali ke-7
Pada minggu ini, Ahli Pengakap KLM 21 telah mengadakan perjumpaan buat kali yg keenam. Perjumpaan pada kali ini dimulai dengan mengamalikan paraskuat yang telah dipelajari pada minggu lepas. Setelah selesai mempraktikkan amali paraskuat, kami diajar tentang cara pertolongan cemas. Aktiviti pada minggu ini digabungkan dengan Badan Uniform lain iaitu Kadet Remaja Sekolah dan dikendalikan oleh dua orang tenaga pengajar iaitu Puan Elliyawaton dan Encik Kholid bin Salleh. Setelah mempelajari teknik pertolongan cemas, kami diajar juga tentang ikatan. Perjumpaan dapa kali ini berakhir pada jam 5 petang