
Perjumpaan Pengakap KLM21 kali ke 6
Pada minggu ini, Ahli Pengakap KLM 21 telah mengadakan perjumpaan buat kali yg keenam. Dalam perjumpaan kali ini, ahli pengakap melakukan aktiviti kawad dan nyanyian. pada awal perjumpaan, Penolong Pemimpin, En. Kholid bin Salleh memberikan taklimat berkenaan paraskuat. Beliau juga mengajar kepada kami tentang arahan paraskuat. Selepas memberikan arahan paraskuat, kami melakukan amali kepada setiap ahli Persekutuan Pengakap KLM21 secara bergilir-gilir. Setelah selesai melakukan amali, Penolong Pegawai memberi penerangan berkenaan permainan dalam Pengakap. Beliau juga mengaplikasikan cara permainan untuk menguji daya tumpuan ahli pengakap. Perjumpaan mingguan pada hari ini berakhir pada jam 5 petang