Perjumpaan mingguan pengakap : Latihan membuat masakan rimba
Pada 29 Mac 2017 telah diadakan perjumpaan mingguan pengakap bertempat di Kantin SMK Tambun. Seramai 5 orang ahli pengakap termasuk pemimpin kumpulan turut serta.
Objektif perjumpaan mingguan itu adalah untuk mempelajari ilmu masakan rimba. Masakan rimba adalah salah satu kemahiran yang perlu ada dalam diri seseorang pengakap. Latihan ini juga memberi persiapan awal kepada kami tentang pengujiannya di perkhemahan daerah kelak. Kami dibimbing oleh Pemimpin Kumpulan berkaitan cara memasak nasi dalam buluh, telur, kentang dan ikan.
Perjumpaan kami diakhiri dengan jamuan makan hasil daripada makanan yang kami telah masak.. Seterusnya kami bersurai.
ReplyForward