perjumpaan minggu kelapan, latihan kawad kaki
Semua ahli diarahkan untuk berkumpul dan berbaris di Padang Kawad Usm. Latihan kawad ini diadakan sebagai persediaan sebelum menghadapi perbarisan Hari Kokurikulum yang bakal diadakan kelak. Setiap ahli didedahkan dengan pelbagai teknik asas dalam kawad kaki Pengakap. Ahli dibahagikan kepada dua kelompok; antaranya kelompok yang berlatih kawad dinamik dan juga kawad statik. Kelompok yang melakukan kawad dinamik secara langsung akan menyertai perbarisan semasa Hari Kokurikulum.