Perjumpaan Krew Pengakap Kelana

Perjumpaan Krew Pengakap Kelana

Pada 28 Mei 2021, berlangsung perjumpaan Krew Pengakap Kelana Daerah Kinta Utara. Perjumpaan ini dihadiri 8 orang ahli Pengakap Kelana, Penolong Pesuruhjaya Pengakap (Unit Kelana), Encik Mohamed Nur Azeem Bin Hanuar dan Pengerusi Latihan Daerah, Tuan Shaifull Azrin Bin Karim. Platform Google Meet digunakan sebagai kaedah bagi perjumpaan tersebut.

Pelbagai perkara dibincangkan dalam perjumpaan ini, antaranya termasuklah perancangan aktiviti pengakap dalam tempoh Pandemik COVID-19, skim lencana pengakap, yuran pendaftaran keahlian pengakap dan sebagainya. Antara program yang dirancang adalah taklimat pengenalan lencana/ anugerah pengakap kelana, kursus asas pertolongan cemas, sambutan world scarf day dan sambutan bulan keamanan.sedunia.

Number of participants
10
Service hours
60
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Engagement
Legacy BWF

Share via

Share