
Perjumpaan Kelana Level 200 - Kawad Tongkat dan Istiadat
Perjumpaan Kelana Level 200 pada 6 November 2017 diadakan di Padang Senget, Pusat Kokurikulum, Universiti Sains Malaysia. Perjumpaan ini dihadiri oleh 91 orang ahl krew kelana level 200. Perjumpaan pada minggu ini adalah berkaitan dengan Kawad Tongkat. Antara arahan yang dipelajari ialah rusuk tongkat, jinjit tongkat, sendeng tongkat, kalih tongkat dan sebagainya. Ahli kelana juga melakukan simulasi isitiadat bendera menggunakan tongkat.