Profile picture for user Lim Keng Boon 1029_1
Malaysia

Perjumpaan bersama Barisan Kepimpinan Daerah Kota dan Pemimpim-pemimpin tahun 2020

Pada 31 Januari 2020 yang lalu, satu perjumpaan bersama barisan kepimpinan daerah Kota bersama pemimpin-pemimpin daerah Kota (sekolah rendah, sekolah menengah dan kumpulan terbuka) telah diadakan dengan jayanya di Kem Pengakap Melaka. Seramai 85 orang pemimpin (pesuruhjaya-pesuruhjaya daerah Kota dan pemimpin-pemimpin daerah Kota) telah menghadiri sesi perjumpaan iniyang bertujuan untuk menerangkan aktiviti-aktiviti tahun 2019, rancangan untuk tahun 2020 pendaftaran keahlian 2020 serta isu-isu yang dihadapi oleh pemimpin-peminpin daerah Kota. Perjumpaan ini diketuai oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kota, Ir. Lim Keng Boon dan dibantu oleh penolong-penolong pesuruhjaya daerah. Surat perlepasan dikeluarkan oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah sebagai tanda sokong yang diberikan demi menjayakan perjumpaan kali ini.

              Perjumpaan ini merupakan satu aktiviti yang mustahak untuk barisan kepimpinan daerah Kota. Kami melaporkan program-program yang telah berjaya dilaksanakan pada tahun 2019 kepada semua pemimpin untuk daerah Kota. Ini bertujuan bagi menggalakkan para pemimpin agar terus mendaftarkan keahlian kumpulan mereka demi terus merangsangkan ahli-ahli pengakap supaya terus bergiat aktif bukan sahaja di peringkat kumpulan, malah juga ke peringkat kebangsaan. Pelbagai maklumat disampaikan oleh Pesuruhjaya Daerah kepada semua pemimpin agar maklumat-maklumat tersebut agar disebarkan ke akar umbi demi mendorong semua ahli pengakap dapat menjayakan diri mereka dalam kepengakapan. Bukan sahaja skim-skim latihan pengakap dijelaskan, malah lencana yang unik seperti Messengers of Peace (MoP), Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (DofE), Sustainable Development Goals (SDGs) dan sebagainya juga disampaikan kepada para hadirin.

              Pendaftaran keahlian bagi daerah Kota adalah sangat meransangkan dan mencatat rekod tertinggi bagi negeri Melaka. Sehubungan itu, barisan kepimpinan sentiasa bergerak cergas serta gigih melaksanakan banyak jenis aktiviti-aktiviti untuk ahli-ahli yang berdaftar di daerah ini. Calon Pengakap Raja sentiasa ditumpu perhatian supaya generasi muda dapat dilatih dengan teliti dan seterusnya menjadi insan yang berguna kepada masyarakat. Fizikal dan mental adalah mustahak untuk dibentukan untuk semua ahli pengakap terutamanya calon-calon Pengakap Raja. Program-prorgam pengakap kanak-kanak dan kelana juga diberikan tumpuan untuk tahun ini agar Daerah Kota dapat melahirkan rambu-rambu untuk kedua-dua kategori ini. Terdapat banyak pemimpin sekolah masih belum menjayakan kursus manikayu mereka. Ini merupakan satu cabaran bagi barisan kepimpinan bukan sahaja daerah ini, dan juga semua daerah yang lain sebab kekuranggan tenaga pengajar. Situasi ini memberi impak sebab pergerakan pengakap bergantung kepada pemimpin-pemimpin di kumpulan ataupun sekolah. Andaikan pemimpin-pemimpin tidak melibatkan diri mereka semasa di berlajar sekolah, maka mereka akan kekurangan pengetahuan untuk menjalankan aktiviti yang terdapat di dalam skim latihan pengakap. Keadaan ini menjadikan satu bebanan kepada para pemimpin di sekolah kerana penglibatan mereka dalam pergerakan pengakap adalah secara sukarela. Mesej ini akan disampaikan kepada Pasukan Latihan Negeri Melaka agar menganjurkan kursus Manikayu pada masa akan datang supaya melengkapkan para pemimpin dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini.

              Para pemimpin juga diberikan peluang untuk bertanya soalan kepada barisan kepimpinan daerah. Semua soalan yang dikemukan oleh pemimpin telah dijelaskan oleh pesuruhjaya daerah dan jawapan yang diterima adalah sangat memuaskan. Sesi ini dapat lagi mengeratkan hubungan antara pesuruhjaya dan pemimpin. Perjumpaan ini diselesaikan dengan ucapan terima kasih daripada pesuruhjaya daerah. Jamuan ringan disediakan untuk semua dan sesi bergambar telahpun dilangsungkan.

              Secara kesimpulannya, perjumpaan seperti ini adalah mustahak dan bermakna untuk kedua-dua pihak iaitu barisan kepimpinan daerah dan para pemimpin. Ini bertujuan untuk semua pemimpin menyampaikan maklumat kepada kumpulan-kumpulan masing-masing dan juga merancangkan takwim kumpulan. Penyelarasan untuk pendaftaran keahlian juga dapat dilaksanakan bagi menjayakan kepengakapan ke tahap yang lagi merangsangkan. Kami berharap perjumpaan sebegini dapat dilaksanakan secara berkala pada tahun akan datang.

 

Number of participants
85
Service hours
510
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Legacy BWF
Growth
Good Governance
Communications and Scouting Profile

Share via

Share