Perhimpunan Pertama Pemimpin Pengakap di Labuan tahun 2018
Persekutuan Pengakap Malaysia WP Labuan telah mengadakan mesyuarat Majlis Pemimpin Pengakap WP Labuan kali pertama dengan dipengerusikan oleh Ketua Pesuruhjaya Negeri Skip Hong Heng Chee. Sebanyak 12 kumpulan daripada 7 sekolah rendah dan 5 sekolah menengah di Labuan telah menghantar wakil ke mesyuarat ini. Mesyuarat dimulakan dengan istiadat perlantikan tiga Penolong Pesuruhjaya Daerah yang baru, Skip Rizuan Asmarah, Skip Niza Utiya & Skip Angela Joseph. Pegawai yang baru dilantik ini melafazkan Persetiaan Pengakap dan seterusnya dikuti dengan pemakaian pangkat. Antara intipati mesyuarat ini adalah prosedur pendaftaran, tentatif latihan dan program yang akan diadakan sepanjang tahun 2018.