Perhimpunan Pengakap Udara Sempena Jambori Pengakap Malaysia Kuala Lumpur 2016

Perhimpunan Pengakap Udara Sempena Jambori Pengakap Malaysia Kuala Lumpur 2016

Bertempat diperkarangan dua, tapak Jambori Pengakap Malaysia Kuala Lumpur 2016, telah dilangsungkan Perhimpunan Pengakap Udara 2016 . Perhimpunan yang bermula pada jam 1600 berakhir pada jam 1900 (28hb Nov 2016), telah menghimpunkan seramai 200 orang ahli Pengakap Udara dari seluruh Negara. Perhimpunan pada kali ini juga, menerima penyertaan daripada ahli-ahli Gerakan Pramuka Indonesia, Ahli-ahli Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam serta beberapa Pengakap daripada negara-negara lain yang menyertai Jambori Pengakap Malaysia 2016. Pada perhimpunan in juga, disampaikan beberapa pingat penghargaan dan Anugerah Kecemerlangan Pasukan kepada Pasukan Pengakap Udara yang berjaya sepanjang tahun 2016. Perhimpunan ini juga memberi penghormatan dengan menganugerahkan Sayap Kehormat Pengakap Udara kepada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, yang disempurnakan oleh Ketua Pengakap Negara.
Number of participants
200
Service hours
600
Topics
Youth Programme

Share via

Share