Perhimpunan Pengakap Kelana Negeri Kedah 2016

Perhimpunan Pengakap Kelana Negeri Kedah 2016

Pada 16 Januari 2016 yang lalu, Perhimpunan Pengakap Kelana Negeri Kedah telah diadakan di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star. Program ini bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 3.00 petang. Perhimpunan ini telah dihadiri oleh sekurang-kurangnya 180 Pengakap Kelana Negeri Kedah. Antara pengisian program perhimpunan tersebut ialah, pentauliahan Pengakap Kelana yang baharu, Mesyuarat Agung Tahunan Pengakap Negeri Kedah (AGM), dan Perhimpunan Pengakap Kelana. Majlis Penutupan program ini telah disempurnakan oleh Tn Hj Ismail bin Ku Ishak, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kedah. Program ini membolehkan para Pengakap Kelana Negeri Kedah berjumpa dan berkongsi pengalaman serta ilmu pengetahuan antara satu sama lain.
Number of participants
180
Service hours
6
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share