
PERANAN SEBAGAI SEORANG SETIAUSAHA (MAFUS)
Sebagai seorang setiausaha, saya bertanggungjawab menguruskan bahagian surat-menyurat dan dokumentasi. Saya menyediakan minit mesyuarat setelah mesyuarat selesai dan membentangkannya pada mesyuarat seterusnya. Saya bekerja rapat dengan ketua projek agar saya dapat mengambil cakna tentang setiap maklumat-maklumat penting. Namun, saya juga turut bekerjasama dengan bendahari kumpulan iaitu Danial Firdaus untuk mencari dana bagi menanggung kos pembinaan Madrasah Haji Senik ini.
Kami membuat kutipan dana di kawasan Pasir Mas iaitu di sekolah-sekolah, masjid-masjid, kedai runcit dan sebagainya. Untuk kutipan dana ini, saya telah menyediakan kertas kerja projek dan surat permohonan sumbangan untuk dilampirkan kepada para penyumbang. Selain itu, kami juga memohon sumbangan daripada Pejabat Setiausaha Negeri Kelantan dan Majlis Agama Islam Negeri Kelantan. Kami berjumpa dengan pegawai yang bertugas dan menerangkan tentang projek kami ini dengan lebih terperinci. Kami berasa amat bersyukur kerana urusan kami semasa membuat kutipan dipermudahkan. Kami mendapat banyak komen-komen positif daripada orang-orang awam dan mendapat nasihat yang baik daripada mereka.
Di samping itu, saya juga turut melakukan kerja-kerja buruh seperti menggaul simen, mengikat batu-bata dan sebagainya. Ia agak mencabar kerana saya belum pernah melakukan kerja-kerja pembinaan sepanjang hidup saya. Ini merupakan kali pertama saya menjalankan aktiviti pembinaan seperti ini. Pengalaman yang saya perolehi sepanjang proses pembinaan semula Madrasah Haji Senik ini amat bermakna dan berharga kerana pengalaman ini belum tentu dapat dirasai oleh orang lain.