Penyertaan Malaysia di World JOTA-JOTI
Jota-Joti 2019
Seperti biasa, hujung minggu ke tiga bulan Oktober adalah masa dimana Pengakap dari seluruh dunia berhubungan antara satu sama lain di udara dan juga di internet. JOTA-JOTI Dunia sudah menjadi popular dan setiap peringkat Pengakap tertunggu-tunggu akan acara ini.
Tahun ini 2019, JOTA-JOTI Dunia berlansung dari 18hb hingga 20hb Oktober.
Di Malaysia, sebanyak 65 stesen telah dibuka termasuk stesen 9M4S iaitu stesen World Scout Bureau (WSB). Jumlah penyertaan tahun ini adalah seramai 18,000 Pengakap, Pandu Puteri dan ahli radio amatur yang terlibat. Yang pentingnya, mereka adalah dari berbagai bangsa, kaum, etnik dan ugama bersama menimba ilmu dalam program ini.
Pada Jumaat malam, pendaftaran peserta dan persediaan stesen telah dijalankan di tapak aktiviti diseluruh negara. Majlis perasmian ringkas telah dijalankan di sebelah pagi Sabtu di Kuala Lumpur, dengan kehadiran Setiausaha Agung WSB, Mr Ahmed Alhendawi yang membuat semua Pengakap yang hadir teruja.
Stesen di Kuala Lumpur telah menyediakan sebanyak 12 aktiviti yang dijalankan secara berpengkalan. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti berikut:
1. Morse code Tx dan Rx
2. Membina antenna
3. Mini RAE
4. QSO 2M
5. HF radio
6. Joti
7. Bendera Semaphore
8. Bendera Interco
9. My QTH
10. Soldering Kit
11. SDG games
12. DMR
Seperti tahun lepas, Jota Joti kali ini telah menerapkan aktiviti berkaitan dengan Sustainable Development Goals (SDG) dan setiap aktiviti mempunyai nilai pengetahuan yang diajar secara Scout Education Method iaitu belajar dengan berseronok.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan JOTA-JOTI kali ini. Ini termasuk PPM WPKL, KLDX, PPM semua negeri dan WSB yang telah berkerjasama memeberikan ilmu yang tidak ternilai kepada semua peserta..
Semuga jumpa lagi di tahun hadapan.
QRT
73 88
de 9M2ZNM
National Jota Joti Coordinator (Malaysia)