
PENGENALAN DAN PERINGKAT 1 MANIKAYU KELANA
Kursus Pengenalan dan Manikayu 1 telah dilaksanakan di USM bagi memenuhi keperluan kursus universiti dengan kod kursus WLK 100. Selain itu, kursus ini memberi pengenalan khusus mengenai Pengakap Kelana dari segi sejarah Pengakap Kelana Dunia sehingga kepada sejarah penubuhan Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia. Seterusnya, kursus ini memberi input yang baik serta menambahkan pengetahuan mengenai konsep 'Berkhidmat' yang merupakan moto bagi ahli Kelana. Konsep tersebut merupakan asas kepada ahli Kelana untuk sering menolong orang pada setiap masa namun tidak pula membolehkan seorang ahli Kelana dipaksa melakukan sesuatu. Konsep tersebut juga menerapkan semangat kesukarelawanan ahli Kelana untuk menghulurkan bantuan ketika diperlukan. Selain itu, ahli Kelana juga belajar ikatan asas, masakan rimba dan kraf perkhemahan sebagai 'survival skill' mereka.