
Pengembaraan memang mencabarkan
Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 3B telah dijalankan pada 5-8 Oct 2018 di SK Permatang Damar Laut, Bayan Lepas. Kursus ini merupakan kursus sambungan bagi kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 3A yang telah dilangsungkan pada 3-5 Ogos 2018 yang lepas.
Seramai 29 peserta telah menghadiri kursus ini, termasuk saya. Pelbagai sidang pengajaran/pembelajaran telah dijalankan, seperti:-
1. Dewasa dalam kepengakapan
2. Kemahiran pengembaraan
3. Taklimat pengembaraan
4. Ikatan & Simpulan
5. Kawad tongkat
6. Ujian Lencana Kemajuan (Maju) & Lencana Kepandaian
7. Ujian Lencana Kemajuan (Jaya) & anugerah rambu pengakap muda (KPPN)
8. Pembentangan Projek Pendek Individu
9. Pertolongan Cemas & CPR
10. Komunikasi dan perhubungan awam
11. Anugerah Bintang dan Pingat PPM
12. Majlis Malam Mesra & Jamuan Penghargaan
13. Penilaian & pencalonan manikayu
14. lain-lain...
Aktiviti-aktiviti yang paling mencabarkan untuk kursus kali adalah pengembaraan, dimana semua peserta diarahkan untuk mengembara 12 km dengan jalan kaki dari SK Permatang Damar Laut ke SMK Teluk Kumbar II. Pelbagai tugasan juga perlu diselesaikan sepanjang perjalanan, seperti mendapat pengesahan daripada balai polis, klinik, JPJ. Kami juga perlu sediakan masakan tengah hari di tepi pantai serta menyelesaikan tugasan MOP. pengembaraan ini memang mencabarkan kerana umur saya yang semakin meningkat.
Terdapat pelbagai kerja masa lapang juga perlu selesaikan sepanjang kursus dan akhirnya kami diberi Sijil Kehadirian sebagai tanda tamat bagi kursus kepimpinan kali ini.