Pengakap Terengganu Bermunajat

Hari Arafah adalah cuti Islam yang jatuh pada hari ke-9 Zulhijjah dalam Kalendar Islam. Ini adalah hari paling suci dalam kalendar Islam. Projek ini dilaksanakan sebagai pengisian agama bagi seluruh ahli Pengakap di negeri Terengganu. Ia selari dengan Persetian Pengakap iaitu Taat Kepada tuhan, Raja & Negara.
Projek ini dijalan secara atas talian melalui platform Google Meet memandangkan Malaysia masih lagi mencatatkan kes covid-19 yang tinggi iaitu melebihi 20000 kes sehari. Pengisian dimulakan dengan Tausiyah & Doa Arafah oleh YH Dato' Rashidy Jamil al Rashid dan bacaan surah Yasin yang diketuai oleh YBhg Ustaz ahmad Ridwan Bin Salim.
Melalui projek sebegini, para peserta dapat mengambil iktibar dari kisah-kisah yang berlaku pada zaman Nabu Muhammad SAW. Ia juga sedikit sebanyak memberi sentuhan agama buat para peserta yang terlibat,

Saya belajar yang setiap manusia perlu kembali kepada agama agar mereka tidak mudah leka dengan kebahagiaan dunia semata-mata. Setiap perkara yang dilakukan mestilah perlu seimbang antara dunia dan akhirat. Bagi menambahbaik projek yang dijalankan, saya berpendapat yang ia perlu dijalankan di seluruh Malaysia.

Number of participants
40
Service hours
240
Beneficiaries
40
Location
Malaysia
Topics
Inner peace and spirituality
Leadership
Peacebuilding
Initiatives
Health and Well-being
Peace and Community Engagement
Skills for Life

Share via

Share