Pengakap SMK Mutiara Labuan sentiasa bersedia
Kami seramai 8 ahli pengakap bersiap sedia selama 4 hari untuk menyediakan peralatan dan persiapan tempat bagi perkhemahan pengakap zon 1 di SMK Mutiara, Wilayah Persekutuan Labuan. Perkhemahan Kepandaian dan Kemahiran Pengakap peringkat Zon 1 akan bermula tidak lama lagi iaitu pada 11 hinga 13 Mei 2018. Oleh itu, kami telah mula mengorbankan masa dan tenaga untuk memastikan perkhemahan tersebut berjalan dengan lancar.
Persiapan ini telah memberi ruang kami untuk sering berhubung dengan komuniti luar seperti penyediaan bahan kitar semula seperti tayar terbuang, jabatan hospital-penceramah bantu mula, pihak bomba, JPAM dan Pasaraya D'One Mart. Kami seramai 8 orang telah didedahkan cara menghubungi dan berurusan dengan jabatan serta syarikat berkenaan. Anak-anak ini juga sentiasa mengiringi pemimpinnya untuk membantu mengangkat peralatan dan surat-surat untuk melihat sendiri pengalaman untuk berurusan dengan jabatan-jabatan terbabit.
Kami amat berterima kasih kepada skipper Angela kerana beliau telah bekerja keras membantu membimbing dan memberi peluang kepada kami membantu beliau melancarkan perjalanan program perkhemahan yang akan datang ini. Di atas usaha dan kerjasama yang diberi, kami berharap semoga perkhemahan yang akan datang ini akan memberi manfaat yang sungguh berguna dan berjalan dengan lancar seperti yang dikehendaki.