PENGAKAP LABUAN SERTAI JAMBORI DUNIA DI UDARA (JOTA) KE-61 & DI INTERNET KE-22 
Malaysia

PENGAKAP LABUAN SERTAI JAMBORI DUNIA DI UDARA (JOTA) KE-61 & DI INTERNET KE-22 

WP LABUAN Pada 19-21 Oktober 2018 yang lalu, pengakap Labuan telah menyertai Jambori Dunia di Udara (Jamboree On The Air – JOTA) Ke-61 dan di Internet (Jamboree On The Internet – JOTI) Ke-22 yang berlangsung secara serentak di seluruh dunia. Ahli pengakap seluruh dunia berkumpul dan berkomunikasi dengan menggunakan radio amatur dan juga internet di dalam pautan yang disediakan. Aktiviti ini dapat berjalan dengan dengan bantuan operator Ham daripada Borneo Amateur Radio Club (BARC).

Koordinator program berkenaan, Rosni Mohd Daud berkata, penganjuran yang dibuat oleh Persekutuan Pengakap Malaysia WP Labuan itu menjadikan jumlah keseluruhan stesen induk bagi JOTA di Malaysia sebanyak 55 buah. Lebih daripada 13,000 ahli pengakap dan 3,500 guru-guru, pengendali radio amatur dan lain-lain petugas di seluruh negara telah melibatkan diri dalam program ini. Manakala antara pengakap-pengakap yang yang berjaya dihubungi di luar negara adalah yang berasal dari rantau Asia, Amerika Utara, Amerika Selatan, negara-negara Eropah dan Australia. 

Katanya, setiap stesen JOTA yang mengambil bahagian mempunyai isyarat pengenalan (callsign) masing-masing seperti isyarat panggilan “9M4SJL” bagi stesen JOTA di WP Labuan. Stesen JOTA Labuan diketuai oleh Skip Irfan Sim Abdullah (9W6SIM) dan diuruskan oleh Suhaili Kula (9W6IMS).

“Sambutan daripada ahli dan pemimpin pengakap terhadap program ini sangat menggalakkan. Seramai 350 orang ahli pengakap Labuan telah menghadirkan diri di stesen JOTA Labuan. Peserta tersebut terdiri daripada ahli pengakap dan pemimpin yang terdiri daripada beberapa pasukan pengakap di negeri ini iaitu dari Pekan Satu, SK Kerupang, SK Pekan Dua, SK Pantai, SK Membedai, SMK Labuan, SMK Mutiara, SMS Labuan, SM St. Anne, SMK Lajau, Sekolah Antarabangsa Labuan, SMK Taman Perumahan Bedaun, SMK Pantai dan SMA MAIWP” katanya ketika ditemui pada program itu.

Tambah Rosni, dalam program tahunan itu, para peserta didedahkan dengan pelbagai teknik pengendalian radio amatur termasuklah tatacara yang digunakan dalam rangkaian antarabangsa yang merupakan salah satu silibus di dalam skim latihan pengakap. Pengakap yang hadir juga mempelajari Mempelajari teknik berkomunikasi menggunakan kaedah Morse Code, Echo Link, Chatroom Internet, Radas radio, projek elektornik, Kod Q, Kod Fonetik dan Semaphore. Peserta yang berjaya mengikuti program sepenuhnya di anugerahkan sijil dan Lencana Antarabangsa JOTA. Sijil penghargaan turut disampaikan kepada Operator Ham BARC yang bertugas.

Majlis perasmian penutupan jambori ini telah disempurnakan oleh Dato’ Sri Mohd Alias Bin Abdul Rahman selaku Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri Wilayah Persekutuan Labuan. Hadir sama pada majlis penutupan ialah Skip Hong Heng Chee, Ketua Pesuruhaya Pengakap Negeri dan Skip Rosni Mohd Daud Pesuruhjaya Kebangsaan. Turut memuliakan acara dengan kehadiran Ustaz Wan Azman Wan Awang mewakili Pengetua SMK Pantai IBWS En Sahar Misron.

Started Ended
Number of participants
350
Service hours
5600
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme
Personal safety

Share via

Share