Pengakap Kelana di Persada Dunia

Pengakap Kelana di Persada Dunia

Seramai 22 ahli Pengakap Kelana dari Negeri Terengganu, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan telah mengikuti Bengkel Scout's of The World Award Discovery Zon Timur di Institut Latihan Kemas, Kuantan, Pahang. Bengkel ini telah dijalankan selama 3 hari 2 malam bermula dari 22 higga 24 Jun 2018. Bengkel ini bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai ahli kelana untuk memberi sumbangan kepada komuniti sekitar supaya dapat memperoleh Anugerah Scout's of The World Award (SWA). Para Peserta juga mengetahui langkah untuk mendapatkan SWA dan mempelajari cara untuk memuat naik cerita atau rencana dalam laman web scout.org. Bengkel ini telah dianjurkan dengan kerjasama Majlis Pengakap Kelana Negeri Pahang, Institut Latihan Kemas dan Persekutuan Pengakap Malaysia. Seramai empat penceramah dibawah pimpinan Dr.Amir Hamzah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan bengkel berkenaan. Bengkel yang dijalankan secara teori dan praktikal ini dibiayai sepenuhnya oleh para peserta itu sendiri.
Started Ended
Number of participants
22
Service hours
24
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share