PENGAKAP DAERAH SIPITANG BERSATU MERAIKAN WORLD 62ND JOTA & 23RD JOTI DI SMK. SINDUMIN, SIPITANG
Buat julung kalinya membuka stesen JOTA JOTI dengan callsign 9M4SJSC, PPMCS Daerah Sipitang meraikan sambutan Jambori di Udara ke-62 dan Jambori di Internet ke-23 pada 18 hingga 20 Oktober 2019 (Jumaat-Ahad) di SMK.SIndumin, Sipitang yang melibatkan seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada ahli Pengakap Daerah Sipitang, Pengakap Pendidikan Khas SK. Pekan Sipitang, PRAMUKA CLC Gamben & ahli Radio Teachers Team.
Pelbagai aktiviti yang dirancang telah berjaya dilaksanakan, di antaranya adalah aktviti mempelajari isyarat Semaphore, berkomunikasi menggunakan radio dengan rakan pengakap di daerah lain di stesen HF dan stesen VHF, berpeluang bersemuka dengan ahli pengakap di dalam dan luar negara melalui panggilan SKYPE dan ruang chatting internet di Stesen JOTI.
Walaupun keadaan cuaca hujan lebat pada malam terakhir perkhemahan JOTA JOTI, namun situasi tersebut tidak menghalang keseronokan kesemua peserta pada Malam Kebudayaan kerana berpeluang memberikan persembahan sekaligus berpeluang berhibur bersama dengan persembahan daripada setiap sekolah/kumpulan yang menyertai JOTA JOTI.
Kesimpulannya, walaupun ini merupakan JOTA JOTI yang kedua kali dilaksanakan di Daerah Sipitang (pada tahun sebelumnya dilaksanakan bersama dengan Pengakap Bahagian Pedalaman Bawah), tidak dapat dinafikan bahawa penglibatan peserta pada kali ini adalah sangat berbeza pada tahun sebelumnya kerana lebih melibatkan lebih ramai ahli Pengakap Sipitang terutamanya ahli PRAMUKA CLC Gamben yang baharu pertama kali menyertai Perkhemahan JOTA JOTI.
Terlibat sebagai AJK Pelaksana dari awal sehingga akhir perkhemahan ini dan ini merupakan penyertaan kali ke-3 saya dalam JOTA JOTI yang berjaya menambah pengalaman dan ilmu baharu di dalam mengurus program kepengakapan.
Semoga berjumpa lagi pada JOTA JOTI tahun 2020!
SALAM PENGAKAP!