Profile picture for user abid_danial
Malaysia

PENANG ROVER semasa BANJIR SELANGOR 2021

Pada 18 Disember 2021, beberapa daerah di negeri Selangor telah ditimpa banjir besar. Kejadian ini diistilahkan sebagai 'Banjir Mengejut' kerana negeri Selangor bukanlah sinonim sebagai negeri yang kerap banjir seperti negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu. Banjir besar ini dipercayai akibat hujan lebat berhari-hari tanpa henti.
Sumbangan barangan diterima di Wisma Pengakap Negeri Pulau Pinang dan Wisma Pengakap Bukit Mertajam pada 23 Disember 2021 dan 24 Disember 2021 jam 1200 hingga 1900. Manakala sumbangan wang tunai diberi ke akaun bank Majlis Pengakap Negeri Pulau Pinang dari 20 Disember 2021 hingga 25 Disember 2021.
Beberapa wakil Sekretariat Pengakap Kelana Negeri Pulau Pinang yang pergi ke lokasi banjir membersihkan kawasan kem dan bangunan serta menyerahkan barang-barang keperluan dapur kepada mangsa-mangsa banjir di Dengkil dan Semenyih.
Kita perlu sentiasa membantu orang lain terutama mereka yang berada di dalam kesusahan seperti di dalam bencana alam. Harus perlu diingatkan di dalam Persetiaan Pengakap iaitu yang kedua adalah Menolong Orang Setiap Masa.
Started Ended
Number of participants
100
Service hours
2700
Beneficiaries
50000
Location
Malaysia
Topics
Civic engagement
Humanitarian action
Youth Engagement
Initiatives
Peace and Community Engagement

Share via

Share