Pemimpin dan Ahli Pengakap Labuan terima Anugerah
Malaysia

Pemimpin dan Ahli Pengakap Labuan terima Anugerah

Pemimpin dan Ahli Pengakap Labuan terima Anugerah
15 Feb 2020
Desa Tunas Hijau, Kg Sg Miri WP Labuan

LABUAN – Perhimpunan Tahunan Pemimpin Pengakap telah diadakan pada 15 Feb 2020 bertempat di Desa Tunas Hijau, Kg Sungai Miri. Dalam perhimpunan ini turut diadakan mesyuarat dikalangan Pemimpin pengakap yang membincangkan Program Tahunan dan Aktiviti Latihan yang dirancang sepanjang tahuan 2020. Dalam Masa yang sama turut diadakan Istiadat Pengalungan Manikayu dan Penyampaian Anugerah Kecemerlangan untuk Pengakap Kanak-Kanak dan Pengakap Muda.

Seramai 13 orang individu terdiri daripada pemimpin pengakap dari SK Membedai, SK Pantai, SMK Taman Perumahan Bedaun, SM Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Sekolah Antarabangsa Labuan menerima kalungn Manikayu. Manikayu adalah pengesahan yang diterima oleh orang dewasa dalam Pengakap yang telah menyempurnakan Kursus Kepimpinan Manikayu seawall Peringkat Pengenalan, Peringkat I, II, III & IV. Anugerah ini diberikan oleh Pasukan Latihan Negara, Persekutuan Pengakap Malaysia. Mereka yang berjaya menghabiskan latihan ini diberikan pengesahan dalam bentuk dua manik kayu yang diikat pada tali kulit.

Manakala Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pengakap Kanak-Kanak dan Pengakap Muda telah disempurnakan oleh Skip Hong Heng Chee, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri WP Labuan. Seramai 6 orang penerima Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri adalah dari Kumpulan 27 SK Membedai. Masing-masing menerima Rambu berwarna biru yang diapsangkan pada bahu sebelah kiri penerima. Penerima Rambu Biru merupakan seorang ahli pengakap yang telah lulus ujian Keris Emas, mendapat 7 Lencana Kepandaian, 2 Lencana Pengetahuan dan 2 Lencana Perkhidmatan dengan syarat berkelakuan baik dan menunjukkan sikap kepimpinan yang boleh dicontohi. Kumpulan 27 SK Membedai merupakan satu-satunya wakil tunggal dari sekolah rendah di Labuan yang berjaya menghasilkan penerima Rambu Biru pada tahun ini.

Anugerah Kecemerlangan Pengakap Muda menyaksikann Penyampaian Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara kepada seramai 32 orang ahli pengakap Muda dari Kumpulan 15 SMK Mutiara dan Kumpulan 30 SMA MAIWP. SMA MAIWP telah memecah rekod penyampaian anugerah Rambu dengan menghasilkan seramai 29 orang penerima. Setiap penerima dipakaikan Rambu Hijau dibahu sebelah kiri mereka. Penganugerahan ini merupakan satu bilangan yang paling ramai setakat di Labuan ini dan harus dicontohi oleh kumpulan-kumpulan lain. Untuk melayakkan diri menerima Rambu Hijau ini, seseorang pengakap mestilah lulus Lencana Jaya dan menunjukkan sikap serta tingkah laku yang baik dan boleh dicontohi. Anugerah ini merupakan anugerah tertinggi bagi Pengakap Muda sebelum Pengakap Raja.

Dalam majlis ini juga, semua pemimpin dapat menyaksikan Istiadat Pelantikan Pengkap Kelana. Pengakap Kelana adalah unit pengakap yang sentiasa berkhidmat, bersikap baik budi terhadap orang lain dan dengan sedaya upaya akan menolong orang pada setiap masa dan tidak mengharapkan apa-apa faedah daripadanya selari dengan motto pengakap kelana iaitu ‘BERKHIDMAT’.

Majlis yang turut dihadiri oleh Skip Mohd Irfan Sim Abdullah, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Skip Rosni Md Daud, Pesuruhjaya Kebangsaan Persekutuan Pengakap Malaysia, Skip Mohd Hasnizan bin Hasin, Ahli Majlis Pengakap Negeri, Penolong-penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Pesuruhjaya Daerah Pengakap Negeri serta para pemimpin ditangguhkan pada jam sekitar jam 4.30pm dengan sesi fotografi.

Number of participants
80
Service hours
480
Location
Malaysia
Topics
Legacy BWF

Share via

Share