PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR MELALUI PERTANIAN LESTARI
Malaysia

PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR MELALUI PERTANIAN LESTARI

WSEP(World Scout Environment Programme) menawarkan alat,sumber dan inisiatif untuk semua peringkat umur untuk membantu Pengakap di seluruh dunia bekerjasama untuk kebaikan persekitaran tempatan dan global.

Program ini adalah berdasarkan kepada satu set prinsip dan ‘aim’ alam sekitar dan bertujuan menyediakan asas untuk pendidikan alam sekitar dalam pengakap.

Berdasarkan ‘World Scout Environment Badge’ untuk 15 tahun ke atas terdapat 5 ‘aim’ yang perlu dicapai dan program ini telah mencapai kesemua ‘aim’ tersebut.

Objektif program ialah:

1.Menimbulkan minat di kalangan peserta terutama sekali generasi muda untuk menyertai program memelihara alam sekitar.

2.Memberi pendedahan kepada para peserta tentang faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya pencemaran kepada alam sekitar.

3.Mengurangkan risiko pencemaran alam sekitar terutama dari segi pertanian.

4.Mendedahkan para pelajar kepada cara dan teknik pengurusan alam sekitar dalam sektor pertanian.

5.Memperkasakan tahap kesukarelawanan di kalangan ahli KLKM dengan membina jaringan perhubungan dengan komuniti setempat.

6.Menerapkan minat di kalangan ahli KLKM untuk terus melaksanakan program berkonsepkan Messenger of Peace (MoP) terutamanya berkaitan WSEP.

Antara aktiviti yang dijalankan berdasarkan 'aim' yang diberikan:
 

AKTIVITI 1:

Aim 1-Pengakap berusaha ke arah dunia yang di mana manusia dan sistem semulajadi mempunyai udara dan air yang bersih.
Aktiviti:
1)Mengkaji sumber udara dan air yang bersih di persekitaran tempatan.
2)Menghasilkan kompos.
3)Pengiraan baja kimia dan organik
 

AIM 2 : PENGAKAP BERUSAHA KE ARAH DUNIA DI MANA HABITAT SEMULAJADI YANG CUKUP DAPAT DIWUJUDKAN UNTUK MEMELIHARA SPESIES ASLI.
1)Mengenalpasti spesis flora dan fauna
2)Melukis rama-rama spesis terancam dan pokok 
 

AIM 3 : PENGAKAP BERUSAHA KE ARAH DUNIA YANG KURANG RISIKO DARIPADA BAHAN BERBAHAYA TERHADAP MANUSIA DAN PERSEKITARAN.
1)Mengenal pasti jenis racun
2)Menghasilkan racun organik
 

AIM 4 : PENGAKAP BERUSAHA KE ARAH DUNIA YANG MEMPRAKTISKAN DAN MENGGUNAKAN AMALAN ALAM SEKITAR YANG PALING SESUAI.
1)Menghasilkan biochar
2)Menghasilkan karbon aktif

AIM 5 : PENGAKAP BERKERJA KE ARAH MEMBINA DUNIA YANG SENTIASA BERSEDIA UNTUK MENGHADAPI ANCAMAN DAN BENCANA ALAM SEKITAR.
1)Pendedahan mengenai bahaya alam sekitar dan bencana alam semulajadi.
2)Menghasilkan poster dan peta minda mengenai bahaya alam sekitar.

PROGRAM PEMINDAHAN ILMU ‘AIM 1’ SEHINGGA ‘AIM 5’ BERSAMA KOMUNITI PERTUBUHAN PELADANG PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN.
1)Sesi berkongsi maklumat bersama komuniti Pertubuhan Peladang Port Dickson

 

Started Ended
Number of participants
21
Service hours
504
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme

Share via

Share