
PEMBERSIHAN AKHIR MADRASAH SEBELUM DIGUNAKAN
Bermula 7 Ogos hingga 10 Ogos 2020, Saya SHAHMI BIN ABU HASSAN sebagai ahli rasmi MAFUS menjalankan tugas sebagai buruh kasar di Madrasah Haji Senik, Kg Pak Limah, Salor, Kelantan.
Saya meneruskan kerja saya membina tempat wudhuk lelaki dan wanita. selain itu, mengecat keseluruhan kawasan madrasah termasuk tempat wudhuk.seterusnya saya, memasang siling madrasah.
Disamping itu, memasang paip untuk digunakan oleh jemaah yang hadir dan memasang pendawaian elektrik madrasah untuk lampu,kipas,dan P,A sistem. Saya juga membersihkan bahagian dalam Madrasah .Akhirnya, madrasah kg pak limah,salor telah dibuka pada penduduk dan orang awam.