Pelepasan Anak Penyu di Sungai Belacan
Sempana kem Turtle Hero 2020 yang berlangsung selama 3 hari dan dua malam ini, kami mempelajari banyak mengenai jenis-jenis penyu dan ancaman yang penyu hadapi. Kami membuat aktiviti gotong-royong membersih persisiran pantai pada hari pertama. Pada hari kedua kem pula, kami menjalankan aktiviti pelepasan anak penyu.