
Pelaksanaan KMK 3.2/ KLM17
KLM17 telah melaksanakan Kursus Manik Kayu 3.2 dimana ianya merupakan sambungan bagi Kursus Manik Kayu 3.1 yang telah dilaksanakan oleh kami. Seramai 34 orang peserta pengakap bagi PKK telah mengambil kursus ini. Kursus ini diadakan selama 3 hari 2 malam di pusat latihan kami sendiri iaitu di tapak perkhemahan Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim. Justeru, dengan menyelesaikan kursus ini, kami dapat meneruskan lagi Kursus Manik Kayu kami ke peringkat seterusnya.