PEDULIKAN KEAMANAN, MERENTASI LAUT CHINA SELATAN

PEDULIKAN KEAMANAN, MERENTASI LAUT CHINA SELATAN

Persekutuan Pengakap Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan telah menganjurkan Kursus Koordinator Messengers of Peace (MoP) pada 28 hingga 29 April 2018 yang lalu bertempat di Labuan International School Wilayah Persekutuan Labuan. Seramai 24 pemimpin pengakap Wilayah Persekutuan Labuan mengikuti program ini. Jurulatih kursus ini didatangkan khas dari Persekutuan Pengakap Malaysia diketuai oleh Dr Amir Hamzah Bin Aman, Tuan Adha Fikris dan Ms. Yee Ting. Matlamat utama kursus ini dilaksanakan bertujuan memperluaskan ilmu pengetahuan, kemahiran dan mendidik semua peserta tentang peranan keamanan dalam semua perkara sekaligus menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai koordinator yang akan mempromosikan MoP ini kepada seluruh ahli-ahli pengakap di Wilayah Persekutuan Labuan. Sepanjang kursus ini berjalan, pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dilaksanakan seperti pelbagai jenis permainan, tepukan, lagu-lagu MoP dan Tarian MoP yang mengandungi elemen Joget dan Inang. Antara pengisian lain sepanjang kursus ini termasuklah pendaftaran WOSM, kaedah memuat naik, pengiraan jam & Facebook MoP, gerak kerja berpangkalan, pengurusan MoP, hak cipta & harta intelek MoP, penyediaan kertas projek, pelan tindakan dan aku janji MoP. Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh Yang Hormat Dato’ Seri Mohd Alias bin Abdul Rahman selaku Yang Di Pertua Majlis Pengakap Negeri WP Labuan. “LABUAN BERSIAP SEDIA MENJADI NADI KEPADA PENYAMPAIAN MESEJ KEAMANAN”
Started Ended
Number of participants
27
Service hours
16
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Legacy BWF

Share via

Share