PART 2:DAY 2 of MESSENGER OF PEACE LOCAL COORDINATORS TRAINING (SABAH ZONE) 2019 at SCOUTS NATURE PARK, SANDAKAN.
Profile picture for user FRIDORINE JEAFRY_1
Malaysia

PART 2:DAY 2 of MESSENGER OF PEACE LOCAL COORDINATORS TRAINING (SABAH ZONE) 2019 at SCOUTS NATURE PARK, SANDAKAN.

Sesi pada hari kedua kursus dimulakan dengan mempelajari Tarian Messenger of Peace (Malaysia Version) yang dikendalikan Skipper Lau Yee Ting (yang sangat berbakat dalam tarian, peramah, helpful & a great teacher as well).

Sebelum ini sebenarnya kami pernah cuba melakukan aktiviti tarian MoP semasa program Peace Walk di KK & semasa program Sambutan Bulan Keamanan di Sipitang pada September lepas dan tidak dapat dinafikan saya suka tarian MoP termasuklah lagunya yang meaningful dan catchy.   

Oleh kerana pada hari sebelumnya itu saya 'ter'cakap saya suka menari maka oleh itu, Dr. Amir mengarahkan saya ke hadapan untuk menunjukkan tarian (as a leader sebenarnya) bersama-sama dengan Skipper Lau Yee Ting. 

Sesi pada sepanjang hari kedua kursus adalah berkaitan tentang ;

  1. Memuatnaik, pengiraan jam dan Facebook MoP
  2. Hakcipta
  3. MoP Grants/Funding
  4. Perbincangan dan pembentangan projek seperti yang terkandung dalam SDG
  5. Penyediaan kertas kerja dan Scouts funding
  6. Gerak kerja pangkalan MoP (Aktiviti melukis makna keamanan, Alele Quita Conga, Dadu Gambar/menceritakan maksud gambar mengikut pengalaman masing-masing, Biawak & Buaya dan networking)
  7. Sesi Video

Keseluruhannya kesemua slot/sesi dan aktiviti pada hari kedua kursus berjaya memperluaskan lagi skop kefahaman peserta tentang Messengers of Peace dan berjaya menambahkan lagi minat terhadap pelaksanaan MoP.

Dan yang paling penting, WE HAD A BLAST for the whole day. WIll definately plan and implement such activities for our Scouts soon!

Number of participants
80
Service hours
480
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Communications and Scouting Profile
Partnerships
Youth Engagement
Youth Programme

Share via

Share