PAMERAN PENGAKAP UDARA SEMPENA MINGGU KO-KURIKULUM IPG ILMU KHAS 2016

PAMERAN PENGAKAP UDARA SEMPENA MINGGU KO-KURIKULUM IPG ILMU KHAS 2016

PAMERAN PENGAKAP UDARA 2016 DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU ILMU KHAS Kuala Lumpur, 16 Okt - Pengakap Udara melalui Sekretariat Pengakap Udara Kebangsaan (SPUK) telah dijemput untuk mengadakan pameran sempena Minggu Ko-Kurikulum Institut Pendidikan Guru - Ilmu Khas, Cheras baru-baru ini. Pameran ini bermatlamat untuk memberi pengetahuan kepada warga bakal guru mengenai pergerakkan Pengakap Udara di Malaysia yang telah berusia lebih daripada 60 tahun sejak penubuhannya. Pengakap Udara merupakan cabang daripada pergerakkan Pengakap yang diasaskan oleh Lord Baden Powell, pada tahun 1908 yang lalu. Melalui pameran yang diadakan ini, beberapa maklumat pergerakkan Pengakap Udara dipamerkan dan peluang turut diberikan kepada bakal-bakal guru yang berminat untuk melibatkan diri di dalam cabang pergerakkan ini. Turut hadir memeriahkan program ini adalah ahli-ahli Pengakap dari kumpulan-kumpulan pengakap di daerah Cheras dan Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Pihak Sekretariat Pengakap Udara Kebangsaan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Tn Amir Hamzah, Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara atas sokongan beliau semasa berlangsungnya pameran ini. ~Sekretariat Pengakap Udara Kebangsaan 2016~
Started Ended
Number of participants
3
Service hours
168
Topics
Youth Programme

Share via

Share